About Me

My photo
Seorang yang dilahirkan di Tanah Melayu dahulunya yang kini Malaysia sebuah negara yang terbaik di dunia. Aku dahulunya tak berkecimpung benda-benda macam nie dan akhirnya aku sendiri terjebak dek kerana keadaan di negara kita ini yang semakin goyah. So didalam inilah tempat untuk aku untuk meluah perasaan atau memberi sebarang imput kepada sesiapa sahaja.

Sunday, November 30, 2008

Khemah Kerja Kelab Setia 08

Salam Sejahtera dan Salam Kemerdekaan semua..
Aku hanya nak berkongsi pengalaman dengan korang tentang pogram Khemah Kerja Kelab Setia Peringkat 2008 yang telah dilaksanakan pada 22 Ogos hingga 24 Ogos 2008 di Kem Nurani, Hulu Langat Selangor.
Aku tak pernah menyangka rupa rupanya memember aku memang hebat-hebat belaka. Boleh dikatakan semuanya tak pernah jadi fasilitator tapi yang peliknya semua mereka dapat mengawal pelajar seramai 120 orang. Staff yang ada pun bukannya ramai, cuma 5, 6 orang jer… Aku memang tabik dengan mereka kerana dapat melaksanakan program ini walaupun tiada bos.
Program ini bermula pada 22 Ogos 2008. Taklimat dan juga suai kenal telah dijalankan. Pada masa ni kawan-kawan aku ni masih lagi blur kot..mungkin tak pernah jadi fasi kot. Malam tu juga ada night walking betolkan ayat nie..aku tak pasti lak.. dalam pukul 11 kot pelajar dan juga kita orang ni dok ikut p masuk dalam hutan.. kawan aku yang lagi dua orang tu tak masuk..takut kot. tu yang banyak alasan dorang kasi supaya tak payah ikut..syok gila la kat dalam tu. kita dapat melihat situasi di dalam hutan pada waktu malam.
Esoknya 23 Ogos pagi-pagi lagi dah bangun..5.30 pagi kot..ada kuliah subuh n sembahyang subuh..aku bangun..tapi kawan aku hanyut..jaga bilik kot..yang sorang lagi kata nak datang kol 5.30 pagi pun hanyut jugak..mentang mentang umah dia dekat…umah kawan aku yang sorang lagi pun dekat, sebelah masjid je..tapi tak pun balik.
Kul 8.00 pagi dah ada jungle tracking. Yang tu semua pergi. Syok jugaklah. Tapi jalan dia sama macam malam tadi, cuma lawan arus jer..Kawan aku tu syok gila la. Lepas abis tu kita orang p mandi air terjun..yang tak tahan tu mandi kat atas. yang sorang lagi siap bawak kemera..jadi jurufoto untuk kawan aku tu kot..lagi pun sebab dia sensorang kan. syok gak la mandi kat sana. macam macam ada ooo.
Lepas mandi kita org naik ke bilik. Petang tu lak ada ceramah….Dalam kul 5.00 petang ada LDK..tu lah yang paling lucu dan best.Tau tau jelakan kalau orang yang belum pernah jadi fasi jadi fasi. Kawan aku ni memang selamba..dah la umur dah 33 lebih boleh lak berjoget kat depan..dan adala orang -orang yang dibelakang yang tersenyum simpul tengok gaya dia..untungla badan..Gambar ada tapi nanti aku masukkan key.. Abis jer LDK pelajar sume p makan malam… Malam tu plak ada Persembahan. Macam macam gaya la diaorang buat. Tapi sume tak lari dari tajuk Rukun Negara..Bagus la u all pelajar..
24 Ogos tu aku memang dah hanyut..kol 6.30 pagi baru bangun….selamatlah kawan aku yang semalam tak bangun tu bangun..7.00 pagi kita orang sume ada merentas halangan….syok la pelajar sebab 3 aktiviti lasak diaorang buat..termasuklah kawan aku yang sorang tu..asyik asyik ngan yang sorang tu, dari pejabat hinggalah ke program…Macam macam gaya n rupa ada kat pelajar nie.. Lepas tu majlis penutup..
Yang pentingnya semua berjalan dengan lancar tanpa berlaku perkara yang tak diingini kecuali yang berlaku di depan bilik urusetia masa hujan. Tapi bagus gak tu..ada la cerita untuk dibualkan..hahaha.

Yang penting semua pelajar ini memang mementingkan dan mengamalkan prinsip Rukun Negara..terima kasih kepada u all semua pelajar...

Khemah Kerja Tunas Bestari WPKL 2008

Cawangan PKPM akan mengadakan Khemah Kerja Tunas Bestari 2008 pada 16-18 Disember 2008 di El-Azzhar, Morib, Banting Selangor.....